Thursday, July 9, 2015

Ramadhan di Perantauan

20 jam... tempoh yg sgt pjg.Ya 20 jam. tahun ni tahun pertama menyambut Ramadhan di bumi viking Denmark. berpuasa berjauhan dari keluarga buka satu yang baru bagiku sbb zmn bljr dl pn puasa kat kolej bersama kwn2. Tp tahun ni, satu pengalaman yang amat2 berbeza krn menempuh tempoh berpuasa selama 20 jam sehari. Dgr je trs terbayang2 mcmn la keadaannya. tidak pernah terlintas akan berpuasa dgn tempoh yang terlalu pjg begini.

20 jam berpuasa...hanya 4 jam shj berbaki utk sungkai(berbuka), solat maghrib, tadarus, solat isyak, sahur dan solat subuh. Tp, Alhamdulillah...Rahmat Allah...walaupun melalui tempoh berpuasa yang pjg tetapi Allah kurniakan cuaca yg sejuk dan berangin walaupun ketika ni sebenarnya Summer. Allah Maha Berkuasa, Dialah yang mengetahui segalanya. Percaturan Allah begitu indah. Alhamdulillah 20 jam dapat diharungi dgn tenang dan mudah. Syukur sgt2

Minggu pertama berpuasa, cuaca agak sejuk dan berangin. tahap kekuatan mmg tinggi dan segar sehingga waktu berbuka. tp minggu kedua, Allah uji sedikit dgn cuaca yang agak panas sehingga mencapai 30 darjah celcius... btl..xsepanas di Msia tp kalaulah kita sudah terbiasa cuaca sejuk, tba2 pns mmg terasa juga bahangnya...Dan minggu ni minggu ketiga, Alhamdulillah Allah berikan nikmat cuaca sejuk semula..Hebatnya percaturan Allah...

apa yang menarik juga Ramadhan tahun ni, hati tidak dipanggil2 utk ke baazar Ramadhan. Alhamdulillah satu penjimatan dilakukan. lagipun mmg xda baazar kat cni. Jadinya, ber'Baazar' la ak d rumah..mn2 menu yang terlintas nk mkn, yg suami request diusahakan jg. Walaupun kepakaran memasak tu sememangnya agak2 'out'... tp Alhamdulillah semuanya menjadi dan rs nya pn lg sedap drp mknn baazar Ramadhan 2...heheehhe...lg hikmah dan nikmat Allah bagi padaku. klu dl ms d Msia kerajinan utk memasak sgt2la kurang...semua nak senang, terjah je baazar2 Ramadhan...Nak mkn mknn semenanjung g la Baazar Lok Kawi..smua ada tinggal tunjuk je...tp, duit pn mcm air juga la kuar...kdng 2 smpi tahap membazir krn ikutkan nafsu sgt...Kat cni, biasa msk nasi, lauk n sayur dan 1jns kuih pn dah cukup...yg simple2 je..ye lah tak dan nya nk mkn siap moreh2 lg mcm kat Msia...kul10 mlm berbuka..kul2 pg dah bersahur. ms tu perut pn msh kenyang lg.. nak msk grand2 konfom mknn tak habis dimakan...Inilah juga antara hikmahnya berpuasa 20jam..makan ala kadar dan tiada pembaziran malah pahala pn bertambah2 sbb hr2 kena masak utk suami.. No baazar2...

Alhamdulillah juga, Ramadhan tahun ni agak terisi malamnya.. kami bertadarus sesama Malaysian setiap mlm selepas solat Maghrib sehinggalah Isyak..Tadarus melalui Skype. Hikmahnya Ramadhan..br kita nampak bermanfaatnya teknologi pada kt apa lg untuk mengarah kpd kebaikan.. Alhamdulillah setakat mlm ni 23 Ramadhan kami dah sampi juzuk 27...klu sblm ni mmg buat juga la tadarus ni dan target utk khatam...tp, motivasinya terlalu rendah..bygkn ak sendiri start tadarus di awal tahun dan khatam pertghn tahun biasa di bulan Ramadhan...pjg sgt ms yg diambil..iya la, dgn kekangan kerja, jammed, dan pling ketara motivasi diri sendiri...Alhamdulillah, dicni...Allah bagi peluang padaku utk lbh mendekatkan diri padaNya khasnya di bulan Ramadhan ni. Peluang cuti tanpa gaji ni sememangnya hikmah yang besar Allah kurniakan..akan kumanfaatkan sebaiknya..

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini sememangnya dimanfaatkan sebaiknya..waktu siang cuba utk diisi dgn tadarus jg..biar sikit yg penting ada..klu kat Msia blum tentu ada ms yang selapang ini..konfom bz dgn urusan dunia, urusan kerja yang tdk akan pandai selesai. 

tahun ni, tahun pertama tak sibuk2 fikirkan raya. keterujaan sambut raya 2 agak kurang sedikit..Baju raya pn recycle je tahun2 lps punya..bw dua pasang je dr Msia..dan tahun ni juga xperlu fikir nk tempah kuih raya.. xperlu fikir nak bajet hias2 rumah...dan xperlu fikir utk blk ke kampung. tipu la klu tak rindu Msia. Rindu tahap membara2 apa lg ramai family malaysian yg balik raya tahun ni. tp semua 2 ada hikmahnya..napa Allah pilih kt utk merasa semua ini? napa Allah aturkan perjalanan kehidupan kt mcm ni? semuanya ada hikmah yang hnya Allah sahaja yang mengetahuinya. Allah adalah sebaik2 perancang...

Ni lah cerita Ramadhan ku di Denmark. Cantiknya aturan Allah...indahnya perancanganNya..seindah Ramadhan ini. rs Ramadhan kali ini terisi dgn aktiviti yang bermanfaat. terasa sedih bila Ramadhan dah berada di hujungnya..Allah....sedihnya Ramadhan akan meninggalkan kt..moga akan berjumpa Ramadhan akan dtg..


No comments:

Post a Comment