Wednesday, November 10, 2010

Menjadi Pasangan Dambaan

Bismillah

Kali ini nak bercerita pasal romantik... Mesti ramai antara kita yang menginginkan pasangan yang romantik kan? Kita tengok kepada satu hadith riwayat A'ishah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;

”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran”

(Sunan Ibni Majah : 626)

Jelas sekalikan daripada huraian A'ishah betapa Rasulullah adalah contoh terbaik untuk yang bergelar suami. Memang Rasulullah SAW contoh buat kita semua daripada sekecil2 perkara hinggalah kepada perkara pokok di dalam agama... beruntunglah bagi sesiapa yang dapat mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Tertarik dengan satu artikel yang diperolehi dari sini. Penulis memberikan satu tips yang boleh diamalkan dalam kehidupan kita suami isteri dalam memastikan matlamat kita untuk menjadikan keluarga kita keluarga bahagia serta mewujudkan persekitaran rumahku syurgaku dalam rumahtangga kita. Antara tips tersebut ialah :

1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.
Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”. Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si isteri dan si suami.

2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.
Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih bertenaga dan bersemangat.

3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik.
Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar. Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.

4. Panggil isteri dengan panggilan yang manja.
Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling” dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.

5. Bergurau senda dengan isteri.
Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau. Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.

6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.
Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi bilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish ish

Secara peribadi aku bersetuju dengan kesemua tips di atas dan alhamdulillah.. kesemua tips tersebut telah pun kami amalkan dalam kehidupan kami.. natijahnya alhamdulillah ada bunga2 bahagia bergelar isteri untuk abang! Mungkin banyak lagi tipsnya yang boleh kita amalkan.. apa yang penting kita saling memberi dan menerima dalam apa sahaja aspek.. biar kedua2 pihak rasa dihargai dan saling rasa bertuah kerana saling memiliki antara satu sama lain.. cuma perlu sentiasa ingat bahawa semua kebahagiaan tersebut adalah pinjaman semata.. pemilik mutlaknya adalah Allah Taala supaya kita dapat mensyukuri segala anugerah terindah ini!

No comments:

Post a Comment