Wednesday, November 10, 2010

Menjadi Pasangan Dambaan

Bismillah

Kali ini nak bercerita pasal romantik... Mesti ramai antara kita yang menginginkan pasangan yang romantik kan? Kita tengok kepada satu hadith riwayat A'ishah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;

”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran”

(Sunan Ibni Majah : 626)

Jelas sekalikan daripada huraian A'ishah betapa Rasulullah adalah contoh terbaik untuk yang bergelar suami. Memang Rasulullah SAW contoh buat kita semua daripada sekecil2 perkara hinggalah kepada perkara pokok di dalam agama... beruntunglah bagi sesiapa yang dapat mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Tertarik dengan satu artikel yang diperolehi dari sini. Penulis memberikan satu tips yang boleh diamalkan dalam kehidupan kita suami isteri dalam memastikan matlamat kita untuk menjadikan keluarga kita keluarga bahagia serta mewujudkan persekitaran rumahku syurgaku dalam rumahtangga kita. Antara tips tersebut ialah :

1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.
Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”. Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si isteri dan si suami.

2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.
Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih bertenaga dan bersemangat.

3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik.
Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar. Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.

4. Panggil isteri dengan panggilan yang manja.
Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling” dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.

5. Bergurau senda dengan isteri.
Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau. Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.

6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.
Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi bilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish ish

Secara peribadi aku bersetuju dengan kesemua tips di atas dan alhamdulillah.. kesemua tips tersebut telah pun kami amalkan dalam kehidupan kami.. natijahnya alhamdulillah ada bunga2 bahagia bergelar isteri untuk abang! Mungkin banyak lagi tipsnya yang boleh kita amalkan.. apa yang penting kita saling memberi dan menerima dalam apa sahaja aspek.. biar kedua2 pihak rasa dihargai dan saling rasa bertuah kerana saling memiliki antara satu sama lain.. cuma perlu sentiasa ingat bahawa semua kebahagiaan tersebut adalah pinjaman semata.. pemilik mutlaknya adalah Allah Taala supaya kita dapat mensyukuri segala anugerah terindah ini!

Selesai....

Alhamdulillah...selesai jg urusan Master kemarin....walaupun last minit...oleh kerana abg xda d Sabah ni,jd terpaksa la settle sendiri...ak kena drive sendiri ke UMS...dlm jam11 ak kuar dr sekolah dgn kebenaran utk urusan ni...drive dlm kelajuan yg sederhana hehehe dan cuba drift d jln Lok Kawi 110km/j hehehe....dan smpi d UMS dlm jam12 g2...ok juga la perjalananku....

ms d UMS sempat lg round rmh kami d sn...kesian lm uda ak xblk rmh ums 2 hehehe....tp ak xmsk rmh atas sbb ketiadaan kunci(skemanya ayat)...hnya tgk dr luar n tgk paci VIGO parking...kesian berpanas berhujan....

selesai smua urusan, ak berkejar blk papar sbb tkt hujan...skrg ni asal ptg ja mesti hujan lebat...kena smpi sesegera yg mungkin...ak juga rindu sm Qayyim:) sempat singgah mkn pizza d putatan atas permintaan perut yg lapar+ngidam speggeti meetball bolognisenya hehehe....

tp apa yg penting,urusan Master da selesai...tunggu ja panggilan nnt...klu dpt ak akan future stdy dlm bidang kaunseling....ak minat giler!!!!!:):):) semoga smuanya berjalan lancar...AMIN.....

Tuesday, November 2, 2010

Qayyim di Klinik

Qayyim p klinik ari ni utk jarum 3bulan...sepatutnya minggu lps tp Qayyim batuk2 masa 2 so tunda la....Qayyim sgt bijak n pintar...dari dlm keta smpi p klinik snyum ja...xmau duduk msti d kasi berdiri sbb dia mau tgk keadaan sekeliling.....bijak2

part mau d jarum,dia bg senyuman lg sm ibu...ibu pesan la jgn snyum ja jap lg mau d jarum ni...dia snyum lg...sweet.....pas 2 nurse cucuk.....Qayyim teriak kejap ja pas 2 senyum blk bila ibu agah...alala kasian ba anak ibu...pintar betul...teguh semangat...mayb gara-gara ms ngandung ak sentiasa kuatkan semangat berurusan sendiri bila abah sibuk xblh temankan....ibu saaaaaayang Qayyim...moga Qayyim jadi anak yg Soleh,pintar,bijak,pandai......

Friday, October 29, 2010

Bila Abah jadi anggota TLDM

Abah dah mula berjinak2 ngan Navy..dah join sebagai Pegawai Sukarela.tp sukarela2 pn kena p kursus,kena attend latihan every week. kadang terganggu jg la quality time kami sekeluarga d hjng minggu.

dan minggu ni abah dah ke Lumut attend kursus kenaikan pangkat kat sn...2minggu 2...aduh, dah la weekday xjmp alih2,weekend pn terganggu. apa blh bt kn Qayyim,dah abah minat kita relakan ja la huhuhu....

dan sebelum abah fly ke KL, sempat la jg dia blk jumpa kami n melaram dgn uniform nya...jd....ibu la mangsa sebagai jurugambar....selamat menjamu mata gmbr abah n qayyim:)




Monday, October 25, 2010

Qayyim 2 Bulan





Alhamdulillah...berat Qayyim ketika ni 5.5kg.. perkembangan Qayyim ketika usianya 2 bulan:
  • memberikn senyuman
  • respon pada suara dan bunyi2
  • ada bunyi "oogooh", "oowooohh"
  • pandai tgk tv
  • kuat melompat2 (penat ibu klu pegang dia)
  • paling istimewa, Qayyim da tumbuh gigi kat bwh:)
  • cuba mengenal orang2 sekeliling
  • tdk suka d ganggu klu tdo hehehe
  • semakin kuat menyusu 3auns tiap 2/3jam...(tp sodih dia xmau isap susu bdn uda...mcm xkecukupan)
  • hisap dodo (pacifier) bila mau tdo.tp da tdo dia pandai kasi lepas sendiri...lucu anak ibu n abah ni

Friday, October 22, 2010

Akhirnya dapat la secanggih yg dihajatkan

Alhamdulillah,setelah lm setia ngan hp2 yg xberapa mau canggih....akhirnya ak dpt jg la menyampaikan hjt utk memiliki yg canggih ckt...lps view kat intrnt...tgk hrga n function...akhirnya ak tekad utk beli hp yg da latest ni.......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




C6...black kaler:)

Monday, October 18, 2010

BUAT PARA ISTERI

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya :

  • Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali,
  • Ayatul Qursi sekali
  • Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),

yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.