Wednesday, October 13, 2010

KHAS BUAT PARA LELAKI YANG BERGELAR BAPA

Rahsia Jadi Ayah Yang Berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.

Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

  • Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
  • Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
  • Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:

  • Bapa yang komited dan bertanggungjawab
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!
  • Kenali anak anda
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada merekal Istiqamah (tetap pendirian) .

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.
  • Melindungi, menyara dan mendoakan
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.
  • Mencintai ibu mereka
Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.
  • Menjadi pendengar yang baik
Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.
  • Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian
Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

Renung-renungkan dan selamat beramal

Tuesday, October 12, 2010

Qayyim 1 bulan







Qayyim 1bulan...review ke klinik...berat da mencapai 4.7kg...Qayyim disuntik hep B dosII.mula2 2, Qayyim diam...masuk je jarum kat peha dia, dia nangis kejap n diam....kesian anak ibu....mmg btl2 kuat n tabah...ibu sayang Qayyim...Doa ibu, semoga Qayyim jadi anak yang soleh taat perintah Allah n ibubapa...menghormati smua org...menjadi anak yang cerdik,pandai dan pintar sempurna ilmu duniawi dan ukhrawi...Amin....

usia 1 bulan, antara perkembangan Qayyim:
  • senyum
  • mula respon bila kt cuba becakap2 ngan dia...cth: owwoooo
  • sgt aktif
  • mau d buai
  • tidak suka d gendong
  • kuat menyusu (susu badan xpuas,isap susu botol 2auns tiap 1jam)sgt letih bangun tgh mlm:)

Sunday, August 8, 2010

DETIK KELAHIRAN PUTERA SULUNG KAMI



Kehadiranmu amat dinantikan...sentiasa bersama ibu ke hulu hilir di dlm perut menjadi peneman d kala abah ada urusan kerja luar...pergerakanmu, tendanganmu d dlm perut ibu membuatkan ibu xsabar utk melihat wajahmu,keletahmu setelah lahir nnt.....biar perit yg ditanggung, ibu rela hanya utkmu anakku....Muhammad Qayyim

jangkaan awal bersalin 27 Julai 2010....ak review d SMC pada 20 Julai dan my Dr check kedudukan kepala baby...masih jauh dia bilang...tp xmustahil dl ms terdekat blh bersalin...kami minta suggestion n advice sm Dr, coz abg akan ke australia pada 28 Julai 2...adakah kemungkinan ak blh bersalin sblm tarikh 2...jd Dr ckp, gni la,kamu dtg blk on 24 Julai utk cek kedudukan kepala bby, n sekiranya tdk besalin lg 26 Julai dtg SMC n bt induction...so, kami suami isteri stuju.

until 24 Julai ak msh xbersalin lg....Dr say "kenapa 2 c baby tida mau kuar lg ar" dgn loghat kadazan dusunnya:)....so, DR ckp kamu dtg la 26 ni awal pg kt try induce....waktu 2, ak berdoa mudahan sebelum smpi 26 ak da bersalin...tp gerak hati mengatakan mcm tidak akan hehehe...setelah tempoh kandungan cukup matang iaitu 38minggu..

26 julai awal pg ak sm abg da p SMC...dgn penuh debaran....apakah rasa d induce 2...sakit ka?????takut sgt...smpi ja d SMC check in bilik....rehat2 jap,nurse pn dtg mskkn ubat utk buang najis....pas 2 ak d bw p labour room 5. bermulalah debaranku...Dr dtg....mula2 cek kedudukan kepala bby,msh jauh..ak risau...so Dr mskkn ubat stat jam 9.30am....on 12pm Dr dtg cek lg,kddkn msh sm....kepala xturun...lunch hour, ak mkn ..still berselera...abg jd peneman tgk je la ak mkn hehehe...

on 2pm Dr dtg lg cek....kepala bby msh jauh jg wlupun suda bbrp jam msk ubat...drh beku da kuar ..ak mula risau+happy ingt blh uda mau deliver normal...tp Dr bilang blm ada bukaan jg...trs down....tekanan drh ms 2 ada naik ckt...so nurse give advice jgn stress nnt bby pn stress jg.....on 4.15pm Dr dtg lg,still kddkn yg td....mmg kepala bby xturun2...heran...ak pn tension..mau nangs smua ada....bdn jd panas wlau dlm aircon hehehehe....dan Dr srh kami bincang laki bini....mau tunggu jg smpi deliver normal atau oprate ja...dgr ja oprate 2 tmbh2 la ak tension...arghhhhh.....bincang pnya bincang akhirnya ak pn stuju d oprate...2pn atas pujukan suami,br ak berfikir secara waras hehehe...smua ni utk keselamatan bby jg kn...xpa la...ak rela d kerat:)

so nurse siapkan ak, tkr pakaian,dan......ak d sorong ke bilik bedah...dlm atiku ms 2, sllu tgk tv org kena oprate, arini ak merasa jg...mmg berdebar...abg pn ikut msk...mula2 d bius separuh bdn....dlm bbrp minit ja trs kebas2 kaki...rs berat ja...mata pn mamai2 tp msh sedar la....sblm oprate, tiub d smbung d bahagian tertentu...

abg ddk d bahagian atas kepalaku...tenangkn ku....bahagian depanku d tutup ngan kain...so bajet xnmpk perut d kerat tp.....ak nmpk juga dr cermin lampu bedah yg ada d siling...jd, nmpk la perut d kerat smpi bby kuar dr perut...pas 2 tali pusat d potong n......dgr bby nangs....sebak ja rasa ms 2...akhirnya lahir juga baby boy kami jam 5.06pm seberat 3.25kg....pas 2 bby d bersihkan....ak da tutup mata xmau tgk proses menjahit...takut....xlm bby dltk sebelahku....nmpk putih,bulat, xlebat rmbutnya...ak tersenyum...dlm keadaan mamai2 ckt,ku cium puteraku....akhirnya ak jd ibu juga...ak memberanikan diri menengok ke lampu nmpk la perut d jahit...3lapisan...cermat ja Dr bt...thanks Dr....

selesai proses jahit menjahit:) bbrp tiub d tanggalkan...ak d sorong ke alat pemanas..bdnku menggigil...ni adalah kesan dr bius dan akan berhenti dlm ms 1-2jam....alhamdulillah smuanya selesai dgn selamatnya....

syukur atas kurniaan Allah atas hadiah yg Kau berikan pada kami...Muhammad Qayyim menjadi pelengkap kami suami isteri....kaulah penyeri ibu dan abah....ibu dan abah syng sgt sm Qayyim.....



Untuk Renungan Para Suami


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Monday, July 19, 2010

PERSEDIAAN BUAT ABAH DAN IBU

Dalam keghairahan bergelar abah dan ibu, sebenarnya perlulah juga kita mengingatkan diri sendiri akan persediaan dan persiapan keagamaan yang sgt2 penting..bukan hanya sekadar persiapan pakaian, katil dan barangan bayi semata-mata. oleh itu jgn lah diabaikan persiapan keagamaan ini agar anak yg bakal lahir nnt menjadi seorang yang taat pada agama dan menjadi anak yang bertaqwa....perbanyakkanlah membaca sumber2 ilmiah agar kita sentiasa bersedia demi anak tercinta yang bakal lahir nnt...


Apabila lahir anak ke dunia, dalam tempoh yang segera yang mungkin, anak itu perlu diazan dan diiqamatkan. Adalah sunat untuk azan di teliga kanannya, dan iqamat di telinga kirinya. Seeloknya, si bapa sendiri yang melaksanakan tugas yang ringkas, tapi penuh makna ini. Azanlah dan iqamatlah dengan penuh khusyuk, pasrah dan mengharap. Pastikan suaranya jelas, sebutannya tepat dan lebih baik lagi bersama dengan menghayatan maknanya. Sambil azan dan iqamah, bolehlah hati bapa tadi mendambakan harap agar Allah jadikan telinga, mata, lidah dan seluruh anggota anak itu dekat dengan Allah, dan jauh dari syaitan.

azan-iqamat-anak-lahir-s.jpg

Rasulullah pernah bersabda “ Siapa yang baru mendapat seorang anak, lalu diazankannya ditelinga kanan serta diiqamatkan pula ditelinga kiri, maka anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan” (Riwayat al-Baihaqi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Tuhfatul Maudud, menyebut bahawa amalan ini mempunyai hikmat yang besar. Antaranya, ia bertujuan untuk memastikan kalimah pertama yang masuk dalam deria pendengaran anak adalah kalimah-kalimah suci. Kalimah kebesaran Allah, syahadah, serta seruan kepada solat dan kejayaan digemakan ke telinga bayi agar hikmah dan pengertiannya menyerap hingga ke lubuk kalbu si anak. Lantas anak itu menjelmakannya dalam bentuk keyakinan, dan amalan sepanjang hayatnya.

Selain itu, kalimah ini juga berperanan sebagai menghalau iblis dan syaitan. Syaitan sentiasa merancang dan mencari peluang untuk menyesatkan anak Adam. Namun, azan dan iqamah amat ditakuti mereka. Maka tindakan melaungkan azan dan iqamah itu sebagai gendang perang dan amaran keras ke atas syaitan supaya dia tidak mendekati anak itu.

Amalan seterusnya ialah Tahnik. Tahnik maknanya mengunyah kurma lantas memindahkannya ke lidah anak yang baru dilahirkan. Caranya ialah seperti berikut:
• kunyah kurma, atau sesuatu yang manis seperti madu
• letakkan kurma yang telah dikunyak di hujung jari
• masukkan perlahan-lahan hujung jari itu ke dalam mulut anak yang baru dilahirkan
• gerakkan jari itu ke kanan dan ke kiri dengan lemah lembut sehingga meliputi keseluruhan mulut anak kecil dengan kurma yang dikunyah tadi.

Dalam Sahih al-Bukhari, terdapat riwayat dari Abu Musa r.a. yang mengatakan: “ Aku pernah mendapat anak lelaki, maka aku pun membawanya kepada Rasulullah s.a.w. maka dinamakannya Ibrahim, kemudian ditahnikkan dengan kurma, lalu didoakannya agar dicucuri berkat, kemudian dia pun menyerahkan kepada ku.”

Penulis Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa antara hikmah tahnik adalah supaya otot-otot mulut menjadi kuat, dan membolehkan anak itu menghisap susu badan dengan baik. Selain itu, perbuatan tahnik ini afdhal dilakukan oleh orang-orang soleh dan bertaqwa bagi mengambil berkatnya. Agar, anak itu nanti turut menjadi soleh dan bertaqwa.

Seterusnya, Aqiqah itu bukan adat, tetapi ibadat. Ibadat yang jelas dinyatakan dalam dalil-dalil syarie. Maka, setiap ibu dan bapa perlu menghayatinya sesuai dengan kedudukannya sebagai ibadat. Darah binatang yang ditumpahkan bukan semata-mata untuk dijadikan santapan tetapi, namun yang lebih penting adalah sebagai tebusan kepada Allah SWT. Yang utama bukannya kelazatan daging kambing atau lembu yang disembelih, tetapi nilai taqarrub si bayi kepada Allah hasil aqiqah itu. Kehebatan aqiqah bukannya pada keenakan hidangan jamuan, namun terletak pada keiklasan si bapa dan ibu yang mengelolakannya.

Aqiqah, dari segi bahasa maknanya ‘putus’. Menurut Ustaz Abdullah Nasih Ulwan, aqiqah adalah ‘menyembelih kambing untuk anak yang baru lahir pada hari ketujuh dari hari kelahirannya’.

Ada ulama’ seperti Hasan al Basri, Al-Laith bin Saad menganggap aqiqah itu wajib. Namun begitu, jumhur ulama termasuk Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad berpendirian bahawa hukum aqiqah adalah sunat yang mustahab, iaitu sunat yang amat dituntut. Hukum ini berasaskan dalil-dalil yang nyata serta hikmahnya yang amat besar.

Apakah hikmah aqiqah?

Walau pun aqiqah kelihatan seperti ibadah berbentuk kemasyarakatan, namun ia terselit hikmah yang sangat bermakna meliputi soal ketuhanan, pendidikan, kekeluargaan dan keadilan. Secara ringkasnya aqiqah mempunyai hikmah seperti berikut:Mendekatkan diri si anak dengan Allah SWT iaitu dengan menumpahkan darah demi kerana cinta kepadaNya di saat-saat pertama kelahirannya.

  • Sebagai tebusan si anak dari bebanan dan bahaya sebagai mana tebusan NAbi ISmail a.s. dan tebusan Abdullah, bapa Nabi SAW.
  • Melepaskan belenggu anak untuk mensyafaatkan kedua ibu bapanya.
  • Menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan kemunculan anak penyejuk mata, yang juga menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad SAW
  • Mengukuh dan mengeratkan tali ukhuwah dan silaturrahim antara anggota keluarga dan jiran tetangga dengan adanya majlis jamuan.
  • Sebagai simbol ingatan kepada prinsip tolong menolong dalam anggota masyarakat dengan melibatkan semua anggota tetangga dan keluarga tanpa mengira latar belakang ekonomi.

Apakah dalil-dalil aqiqah?

Al-Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya, sabda Rasulullah SAW, maksudnya: ‘Bersama anak itu, aqiqah. Maka alirkanlah darah untuknya dan hindarkanlah bahaya daripadanya.’

Ashabus Sunan meriwayatkan daripada Samurah katanya: Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: ‘Setiap anak bergantung kepada aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh, diberikan nama, dan dicukurkan kepala.’

Yahya bin Said menyebut daripada Amrah, daripada Aisyah r.a.: Sesungguhnya RAsulullah SAW telah mengaqiqahkan untuk Al-Hasan dan Al-Husain pada hari ketujuh’.

Bila aqiqah patut dilaksanakan?

Berdasarkan apa yang disuruh bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW, aqiqah amat digalakkan dibuat pada hari ketujuh kelahiran. Walau bagaimana pun, aqiqah adalah sah dilakukan pada bila-bila masa selepas kelahiran anak, sebaik-baiknya tidak terlalu dilewat-lewatkan.

Apabila ditanya, Aisyah r.a berkata: Aqiqah itu dilakukan pada hari ketujuh, dan keempat belas, dan dua puluh satu’

Imam Malik berkata: ‘Adalah jelas bahawa ketetapan aqiqah pada hari ketujuh hanyalah galakan sahaja. Jika tidak boleh lakukan pada hari itu, dan dilakukan pada hari keempat, kelapan, atau kesepuluh atau sesudahnya pun sah juga aqiqah itu.’

Tegasnya, dalam soal masa ini Allah memberikan kelonggaran kepada umat Islam dengan membolehkan aqqiqah dilaksanakan bila-bila masa kelepas kelahiran. Kaedah ini bertepatan dengan hikmah syariat Islam yang sentiasa memudahkan penganutnya, bukan menyusahkan.

Adakah aqiqah lelaki sama dengan perempuan?

Tiada pertikaian bahawa, aqiqah itu adalah sunat untuk anak lelaki dan perempuan. Walau bagaimana pun timbul persoalan dari segi jumlah kambing yang disembelih untuk aqiqah itu anak lelaki dan perempuan.

Kebanyakan sahabat dan ulama’ cenderung mengatakan bahawa aqiqah untuk anak lelaki adalah dua ekor, berbeza dengan wanita yang hanya seekor. Pegangan ini berasaskan kepada beberapa hadith termasuklah satu sabda Rasulullah SAW yang menjawab pertanyaan Ummi Karz Al-Ka’biyah dengan katanya, bermaksud: ‘Untuk lelaki dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.’

Namun begitu, Imam Malik berpendapat bahawa aqiqah untuk anak lelaki adalah hanya seekor, seperti anak perempuan. Beliau bersandarkan kepada beberapa hadis lain seperti hadis yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW melakukan aqiqah untuk Al-Hasan dan Al-Husin dengan seekor kibasy.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan berpendapat kedua-dua pendapat ini diguna pakai dengan mengandaikan bahawa aqiqah dengan dua ekor kambing sesuai bagi golongan yang lebih berada dan sebaliknya bagi mereka yang sederhana memadailah dengan aqiqah dengan seekor kambing bagi seorang anak lelaki.

Di sini mungkin timbul pertikaian, kenapa wujud perbezaan antara lelaki dan wanita? Kenapa aqiqah lelaki dilebihkan dengan dua ekor kambing sedangkan wanita sekadar seekor sahaja? Penulis menjelaskan bahawa, segala apa yang ditentukan oleh Allah pasti ada hikmah yang tersembunyi yang kadang-kadang tidak mampu digarap oleh minda manusia yang terbatas. Maka para mukmin perlu menerimanya dengan pasrah. Dari segi logiknya, kelebihan yang dikenakan bagi anak lelaki ini bagi menunjukkan lebihnya kuasa dan tanggungjawab mereka berbanding wanita. Hal ini sesuai dengan firman Allah dalam Surah An Nisa’ (34) yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu lebih berkuasa daripada kaum wanita dengan apa yang dilebihkan Tuhan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan dengan apa yang dibelanjakan mereka dari harta benda mereka”


TAHNIAH BUAT SUAMIKU

Pertama sekali tahniah buat suami tersayang kerana telah berjaya menerbitkan buku sulung beliau...tahniah bang...usaha abg selama ni tidak sia-sia..Buku ini adalah kesinambungan daripada kajian Master dan berdasarkan pengalaman selama berkecimpung dalam bidang perhutanan ini...sebagai seorang isteri, diriku amat berbangga atas kesungguhan suami yang cekal dalam penulisannya n segala urusan penerbitan dengan pihak Alaf21...tahniah sekali lg...buku ni telah diterbitkan, dan bolehlah dianggap sebagai satu hadiah dan kejayaan serta rezeki anak kami yang bakal lahir tidak lama lg....Rezeki anak abah n ibu:) bertuahnya dia kn....

Bagi teman2 yang berminat untuk memiliki buku ini, bolehlah didapati di kedai2 buku seluruh Malaysia atau pun bolehlah menempah terus pada saya atau suami melalui blog ini...anda boleh tinggalkan pesanan di kotak chat atau tinggalkan pesanan di ruangan komen...sila tuliskan nama, alamat,no. telefon....kami akan menghubungi anda kembali untuk urusan pembayaran anda kepada pihak kami...

Jadi, bolehlah review maklumat tentang buku tersebut kat bawah ni...insyaAllah, buku in byk memberikan manfaat kepada anda walau dalam bidang apa pn kerana buku ini jg boleh memandu kita untuk menjadi usahawan misai kucing....Selamat memilikinya...:)


Tajuk: Misai Kucing Panduan Lengkap Jana Pendapatan
Penulis: Affendy Hassan
(Pensyarah, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah)

MISAI KUCING
KINI DI PASARAN!

HERBA ini bukan saja terkenal dikalangan masyarakat kampung, malah ia juga kian mendapat perhatian oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana khasiatnya. Kini, ia dikomersialkan untuk merawat pelbagai jenis penyakit khususnya diabetes, gout, batu karang dan batu hempedu. Tanaman Komersial Misai Kucing ini tampil memberi panduan lengkap kepada bakal usahawan yang berminat untuk menambah pendapatan sampingan. Selain merangkumi proses penanaman yang menyeluruh, ia juga memuatkan kaedah pemasaran produk serta untung rugi projek. Dengan mengikuti beberapa langkah mudah yang disarankan, anda pasti mampu menjadi usahawan tani yang berjaya!

Antara kandungan menarik:

- Khasiat dan kegunaan
- Penanaman pokok misai kucing
- Pemprosesan pasca tuai
- Produk dan pemasaran
- Analisis kewangan tanaman
- Pengalaman dan tip penulis













Thursday, July 15, 2010

AMALAN UNTUK MEWUJUDKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

1. Membaca surah Ali Imran ayat 31
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): " Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami, barulah disambung dengan ayat seterusnya.

2. Mengamalkan surah Yusuf ayat 4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
Firman Allah: "(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka memberi hormat kepadaku"
Ayat ini juga sesuai dibaca ketika hendak ditemuduga.

3. Untuk melembutkan hati suami dan juga anak, maka amalkan membaca surah Al-Hasyr ayat 21
لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Firman Allah: "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya".

4. Ayat ini juga sesuai dibaca untuk melembutkan hati seseorang iaitu surah Asy-Syura ayat 19
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
Firman Allah: "Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya, ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa"

5. Pasangan suami isteri juga hendaklah selalu mengamalkan membaca surah Toha
Baca dan tiupkan diubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidur. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.