Thursday, July 15, 2010

AMALAN UNTUK MEWUJUDKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

1. Membaca surah Ali Imran ayat 31
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): " Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami, barulah disambung dengan ayat seterusnya.

2. Mengamalkan surah Yusuf ayat 4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
Firman Allah: "(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka memberi hormat kepadaku"
Ayat ini juga sesuai dibaca ketika hendak ditemuduga.

3. Untuk melembutkan hati suami dan juga anak, maka amalkan membaca surah Al-Hasyr ayat 21
لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Firman Allah: "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya".

4. Ayat ini juga sesuai dibaca untuk melembutkan hati seseorang iaitu surah Asy-Syura ayat 19
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
Firman Allah: "Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya, ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa"

5. Pasangan suami isteri juga hendaklah selalu mengamalkan membaca surah Toha
Baca dan tiupkan diubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidur. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.

Tuesday, June 22, 2010

SELAMAT TINGGAL MIMNS....

Selamat tinggal MIMNS....byk jasamu padaku...hampir setahun ku berkhidmat,mencurah bakti n ilmu yang ada dan akhirnya terpaksa ak tinggalkan...bukan perpisahan selamanya tp ini adalah perpisahan sementara kerana tuntutan tugas di tempat lain....
byk kenangan selama di sn...terlalu indah...di mn sklh ni la byk memberikan ak pengalaman dlm mendidik....walaupun imbuhan yg diberikan tidak sepadan dgn kelulusan yg dimiliki tp alhamdulillah duit 2 sentiasa cukup kerana khidmat yg ikhlas dicurahkan hnya dgn niat mendidik anak bangsa menjadi org yg berguna....
Bt smua rakan2 d MIMNS, terima kasih atas segala kenangan selama bersama....tunjuk ajar,teman bergurau n bermesra....rindu ngan kalian....rindu ak tgk la cite c kurus hahahaha...xpun nyanyi lagu halimah jongang.....bukan ak....bukan ak......sn 2 ruma dia.....hahahaha....
Bt murid2ku,bljr b.arab bgs2....smpi pandai ckp arab....xda uda ustazah teriak2 kamu sn....belajar la kamu bgs2 ar sm ustazah atau ustaz br nnt hehehe
Terima kasih atas segalanya bt MIMNS....kenangan bersama kalian ak tersemat rapi dlm ingatanku

Friday, June 4, 2010

Thursday, May 6, 2010

Memilih nama yang baik


baby2.jpg

Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang. Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian. Atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya. Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”

Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam. Memilih nama perlu ada tujuan. Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu. Bukankah panggilan itu mengandungi doa. Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.

Jika seorang anak itu namanya ‘Mujahid’ yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang. Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah swt. Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama ‘Hazan’ yang bermaksud Berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita. Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.

Nama Yang Tidak Baik

Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif. Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa, Dayanty atau seumpamanya. Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir.

Ada juga yang menggabungjalin nama ibu dan bapa. Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu . Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna ‘Manusia yang Bodoh’. Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.

Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya ‘Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa. Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya. Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud HambaNya.

Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya. Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat.

Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain. Rasulullah s.a.w. pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik. Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a. mempunyai seorang anak perempuan namanya ‘Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah s.a.w. menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).

Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak. Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia. Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat. Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.

Nama Yang Baik

Rasullullah s.a.w. menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik. Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para Sahabat seperti Mus’ab, Mu’az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para ‘ulama’ seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai’i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al ‘Izz, dan lain-lain. Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.

Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah ‘Abd. Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu’izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini. Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab. Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam. Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.

Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran. Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan. Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini. Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.

Honeymoon.....

Kinabalu Pine Resort

Baru-baru ni p la jln2 buang tabiat sm my hubby p kundasang...apa tak buang tabiat,time sarat2 ni la mau p jln jauh2 hehehe larat.....kitorg nginap d Kinabalu Pine Resort...best la tmpt ni pagi da nmpk view gunung kinabalu...cantik sgt....tinggi2 gunung kinabalu...tinggi lagi sayang sm kamu...biru2 hjng kinabalu...tgk dr jauh hati sy rindu:)

Sabah Tea

Kg Luanti Baru
Ikan 'Tagal'


smpt la menerjah bbrp tmpt yg xpernah d pegi...sblm ni asyik2 poring je kn...kali ni smpi la jg kat kg luanti baru klu xsilap yg ada ikan tagal utk massage 2...p sabah tea....sj tgk2 view yg menghijau...mmg cntk la tp 2la keadaan bdn yg kurang mengizinkan akhirnya ak jd sorg yg pemalas bergambar...sdngkn sblm2 ni ak la "RATU KAMERA"

Thursday, April 8, 2010

aura seorang ibu...

ibu tanpa make up....neutral kn...bawaan bby

perasaan menjadi bakal ibu........terlalu teruja n xsabar....tanya lah mn2 perempuan,konfom xsabar tunggu detik 2...biar perut br brp bln tp beli brng bby setambun uda hehehehe...but not me:) (padahal......?????!!!!)

aura keibuan 2 mmg da ada tp bila fkr2 byk benda lg perlu dipelajari utk menjadi seorang ibu yang blh mendidik anak menjadi anak yg soleh solehah n jd insan yg berguna....sebenarnya, byk da baca buku n tny2 dr mereka2 yg berpengalaman tp selagi kt tdk merasa situasi 2 sendiri kt tdk akan dpt byngkn hakikat sebenar tugas seorang ibu.

pinjam anak org dl....practise make perfect

bermula dgn mengandung, walau tiada alahan yg teruk ak alami tp kesengsaraan 2 amat d rasa jg...kt jd cpt letih n cpt marah....alhamdulillah,morning sickness xmelanda diriku....memudahkan la sedikit pergerakan ak n hubby...bila perut da semakin membesar, rs berat bdn semakin berat utk d tanggung...br kt sedar ms ni betapa sengsaranya ibu kt dl mengandungkan kt....nk lawan ckp mama lg? xmau dgr ckp mama? berdosa bsr la jawabnya...slagi ibu ngjr n menyuruh benda yg betul jgn la cuba2 utk d tegah.....neraka jwbnya....jaga lah hati ibu sebagaimana kt mau hati kt d jaga n tdk terusik...

buat hubbyku.....bila tgk hubby excited mau dpt bby, ak amat bersyukur dpt suami sepertinya. apa lg bila da dpt tau bby apa...tmbh2 la dia happy....tuntutan kerja yg memerlukan dirinya utk tinggalkan kami bt seketika mmg memilukan....tetapi kugagahi jua hati ini...inilah pengorbanan seorang isteri....diriku menyokong dirinya bt selamanya....walaupun hubby perlu memenuhi tuntutan kerjanya d luar, tetapi keperluan rmh akan dipastikan smuanya cukup...syukur dapat suami sepertinya....ana ahabba anta abadan:)

ak syg dia makkkkk,ak suka dia makkkkkk, ak cinta dia makkkkkk....

semoga Allah permudahkan semuanya..beri kekuatan kpdku...rasa xsabar utk menanti detik menjadi seorang ibu.....terlalu teruja..smoga anak kami ini akan menjadi anak yg soleh, patuh dan taat pada perintah Allah, ibubapa...menjadi anak yg berguna dunia dan akhirat.....kehadiranmu amat dinantikan sayang:)

Friday, April 2, 2010

KURINDU DETIK ITU

setelah lama tidak mencoretkan apa2 dlm blog ni,ari ni ada sedikit mood dan kelebihan ms utk berkarya n melepaskan kerinduan pada 1detik yg sukar utk kulupakan...

zmn bergelar mahasiswi terlalu indah.....sukar utk d gambarkan...aku sgt rindu saat2 itu...bersama kawan2 p kuliah,kejar bas,berhadapan dgn assgnmnt2,cari makan kat SS,lompat pagar,naik komuter yang mcm sardin....byk kenangan suka duka yang tersimpan...rindu jg ex roomateku dian 1st year, azid 2nd year n yong 3rd year d UPM....


kurakamkn saat terakhir bersama pensyarah kesayanganku merangkap musyrif utk tesis ijazah...mmg sorg pensyarah yg syadid n ssh nk bg stdnt dpt result yg berpangkal A...tp alhamdulillah ak dpt jg la A- dgn pensyarah ni utk tesis...syukran DR....bila ingat balik ms bt tesis dgn dia ni mmg sengsara...dgn laptop yg meragam kena msk 'workshop' hehehe 2minggu lg...tau apa DR ni ckp, "2 hal kamu sy xnk tau.yg sy nk tau kamu hntr bab seterusnya dgn sy"....mmg tekanan giler ms 2...byk tul cbrn n dugaan yg melanda...tp alhamdulillah, dr DR ni la ak byk bljr erti sbnr sebuah pembelajaran...syukran jazilan ya ustaz.....satu lg kata2 yg xdpt ak lupa dgn DR ni, blhnya dia panggil ak 'wanita UMNO' hehehe ada ke patut....yg tak munasabahnya ms dia gelar ak wanita UMNO 2 ak pakai bj kaler kuning...pelik xfhm ak DR ni hehehehe...tp mmg lekat la dia ingt ak ngan wanita UMNO heheheh xkisah la ustaz....
ak rs gmbr yg ni gambar terakhir kami 1kelas...bdk llki xbergambar skali pemalu agaknya....esoknya ni da rmi yg nk berangkat pulang ke kg hlmn msing2...rindu sgt2 ngan kwn2...skrg rmi jg la yg da mendirikan rmhtangga msing2...ada yg da bertunang xkurang jg da ada bby...seronok kn klu dpt bt reunion blk.....blh jmp smua....dpt la tgk sm yg mengembang,mengecil:) i miss da moment guys......
rindu saat tinggal kat kolej,borak ngan kwn2...rindu aktviti hjng minggu ngan wani kecik borak smpi xhingat dunia hehehe....wani akk rindu smua 2...

rs nk sambung bljr lg...tp keadaan mmg akan berbeza...master ngan ijazah lain...ijazah kt lbh byk ms bersama rakan2 msk kelas tp klu master ni kt umpama nafsi2...bt hal sendiri,siapkan tesis sendiri...lg2 la yg dah kwin,ms 2 lbh kpd keluarga...mmg berbeza dgn ms bjng la...mcm ak ni la hehehe...bila la agak2nya nk smbng master plak...kena ada target ni...excited la plak...

ms belajar dl, hati sentiasa meronta utk cpt abs stdy...tp bila da abs ni teringt dan tercari2 saat2 2 smua....ms yg da berlalu mmg sukar utk d ulang kembali...kenangan hanya tinggal kenangan.mmg ssh utk kita ulang kembali segala yang telah berlalu...jd, saat yg kt miliki skrg gn kn dgn sbaiknya agar setiiap detik itu menjadi detik yg paling indah utk diingati..